Showing posts with label mak yong. Show all posts
Showing posts with label mak yong. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

KUMPULAN MAK YONG QAK CHEEK KAWE

baiklah  kali ni timmy nak cerita sikit pasal kelab mak yong ni dan ahli2nya... kelab ni secara officially ditubuhkan tepat 12 tengah malam di kedai mamak dekat titiwangsa selepas show pertama kelab ni di istana budaya. Show yang bertajuk mak yong Dewa Indera Indera Dewa memang penuh panggung memang tidak di jangka2...dengan tunjuk ajar dan bimbingan En Rosnan Rahman dan Pn Fatimah Abdullah banyak menyumbang kepada tertubuhnya kelab ni.. Nama Qak Cheek Kawe sebenarnya idea bersama atas sokongan majoriti sempena nama inang dalam teater mak yong tersebut... hehehehe ok now timmy nak kenalkan ahli2 kelab ni.

 puan fatimah abdullah @ kak hasmah boleh dikatakan sebagai principle dalam kelab ni. dilahirkan dalam keluarga mak yong di kelantan pada 7 ogos 1959, banyak pengalaman dan ilmu2 mak yong dapat di kongsi bersama ahli2 kelab. kak hasmah juga merupakan tenaga pengajar di ASWARA. kak hasmah pada mulanya nampak seakan2 seorang yang garang dan tegas tetapi sebenarnya beliau seorang yang kelakah dan memang peramah. seronok kenal dengan dia dan boleh dikatakan beliau adalah DIVA mak yong (kau ade?)hehehehehe

 Rosnan Rahmat @ abg nan @ cikgu nan dilahirkan di pokok sena, kedah pada 18 januari tahun tidak diketahui (nak sorok katenyer). Abg nan merupakan satu2nya pak yong yang ada di malaysia dan bertanggungjawab mengajar mak yong kepada ahli kelab. kelulusan dalam bidang architecture di USM, dan sekarang berkerja di jabatan kesenian (rezeki kan). terlibat dalam mak yong semasa menuntut di usm dan memegang watak sebagai inang (x pecah lobang dengar cite hehehehe), dan hasilnya abg nan merupakan pak yong yang tersohor di malaysia. walaupun kelahiran utara abg nan fasih kecek klate.... hehehehe

 Rashdan Rashid @ abg dan dilahirkan pada 30 oktober 1971. merupakan pengurus besar di karangkraf, shah alam. kelulusan UITM shah alam. abg dan ni seorang yang baik, peramah, cool dan ok la... he is nice man...
 Waridi Hamdan @ adie dilahirkan pada 28 april 1980 di ipoh. kelulusan diploma kejuruteraan di UITM Arau merupakan managing director A & A Events, wedding and event planer. sekarang terlibat dalam buat sut, uniform dan sebagainya. adie is my best friend @ abg angkat i. adie ni best coz tahan carut i n kitorang slalu hang out same2 dengan abg Am. Die baik walaupun selalu kene migrain, tetap gagah nak nari mak yong.... adie juga seorang blogger. blog adie adalah http://adiewaridi.blogspot.com/

 Afiq Razak @ afiq dilahirkan di kuala berang, ganu pada 21 januari 1990. sebaya dengan timmy. hehehehe. merupakan seorang bakal guru . merupakan kawan baik si eizhar. diorang study di tempat yang sama dan join kelas mak yong ni pun sama2. afiq ni baik walaupun senang latah. suke sangat kacau die... afiq juga merupakan seorang blogger. leh tengok blog die kat www.afiqrazak.blogspot.com
FB : Afiq Razak

Aisy Eizhar @ Izhar di lahirkan pada 18 july 1991 di segamat, johor. merupakan balak guru serta rakan baik afiq. join mak yong bersama2 afiq jugak. izhar seorang yang funny, agak peramah walaupun cam pendiam skit.. antara lelaki termuda dalam group mak yong ni.... hehhehehe seorang blogger jugak. blog si izhar ni adalah http://aisyishvan.blogspot.com/

 Diana Jaafar @ diana @ princess D dilahirkan pada 6 july. menyertai mak yong kerana telah bermimpi 3 kali menarikan mak yong (mistik sangat) dan mimpi itu menjadi kenyataan pada 17 july 2011... huhuhu. diana merupakan pegawat PTD di sebuah kementerian. diana ni baik, matang dan sebenarnya sangat funny. suke carut2 ngan princess D katenyer... hehehe

 Fatin Suraya @ fatin dilahirkan pada 29 julai 1997 merupakan penari termuda dalam group mak yong ni. pelajar sekolah menengah dan merupakan adik kepada oya. die banyak memberi komitmen kepada group ni walaupun di usia yang muda.

 Izz Izwan @ izz dilahirkan 6 november di kucing, sarawak. merupakan seorang photographer, model, chareographer dan yang penting merupakan seorang guru kanan di sebuah sekolah di negeri sembilan. Lagi gagah dari adie. sanggup drive dari seremban ke KL semata2 untuk menari mak yong. Dipercayai menyertai mak yong kerana terpengaruh dengan adie... hehehehe.. well klu dah minat kan , lautan api sanggup direnangi katenyer. seorang yang nice, soft spoken n a blogger.. link blog izz is http://iezwan1981.blogspot.com.

 Kak DD dilahirkan pada 5 november. merupakan anggota paling senior dan merupakan kakak kepada kak PP. merupakan bekas guru dan sekarang merupakan bos kepada diri sendiri. kak DD seorang yang peramah, baik dan very soft spoken. beliau juga seorang yang ceria dan sangat supportive. sangat2 menyukai mak yong dan berkerja keras untuk mempelajarinya. menjadi contoh kepada adik2 yang lain (wah statement hehehe)

Kak PP dilahirkan pada 25 march. adik kepada kak DD. kak PP ni best, cool, funny n sporting. tetap gagah meri mak yong walaupun sakit lutut. hehehehe... inilah semagat yang kita mahu,. semoga lutut kak PP cepat baik k.... tetttttttttttt

Lebih dikenali sebagai Mira (bukan nama sebenar) merupakan pegawai di sebuah kementerian merangkap perunding imej group ni. mira ni baik, ok, dan banyak idea2 yang bernas untuk memajukan group ni dicadangkan oleh beliau.

 Suraya @ oya dilahirkan pada 2 september. merupakan kakak kepada fatin. Oya ialah IT manager is istana budaya. bekas pelajar bukit bintang gurl school sangat berbakat dalam mak yong. seorang yang baik, peramah dan agak tegas rasanya coz die ni nampak berpendirian serta bertanggungjawab.

 Yasir @ yas dilahirkan pada 13 july 1985 di kucing, sarawak. peminat setia dayang nurfaizah ini sebenarnya seorang artis baru ysng muncul dengan single terbaru berjudul KE PUNCAK ITU. suara yang serak2 basah tidak menghalang beliau menarikan mak yong serta antara mangsa fav timmy untuk di usik. Yas ni baik, dan berfikiran panjang dan sentiasa bersedia. hehehehe

so inilah keluarga Kumpulan Mak Yong Qak Cheek Kawe. sangat meriah dan pelbagai. yang penting semua sekepala. semoga persahabatan ini akan kekal selama-lamanya. thanks kenara bagi peluang timmy menjadi sebahagian ahli kumpulan ini. tanpa korang semua siapalah timmy (cewah) hehehehe.. so timmy harap pembaca2 blog timmy akan sentiasa support kumpulan ini demi manjaga warisan negara kita. sekian, jumpa lagi di entry akan datang... daaaaaa

Sunday, June 19, 2011

MAK YONG DEWA INDERA INDERA DEWA

 telah diadakan pertunjukkan di istana budaya pada 17 sehingga 18 jun 2011, timmy g sane atas jemputan adie waridi yang turut menarikan mak yong bersama kelab mak yong Qak Cheek Kawe (hehehehe)....thanks to abg muhi n friends. abg el zafril n housemate, ain n friends... tahniah juga kepade group mak yong Qak Cheek Kawe yang berjaya grad (menuju puncak katenyer) hehehehe.. but since terpaksa menjadi photographer (teringat mase jadi editor sekolah) so x banyak pic timmy kat sane... klu nak tgk pic lagi leh ke facebook timmy .... okeh.. banyak2 terima kasih kepada semua keluarga mak yong Qak Cheek Kawe kerana memberi peluang kepada timmy menjadi sebahagian keluarga mak yong korang....next entry timmy akan cerita mengenai group ni okeh.... thanks juga kepada abg jay dan abg nan coz x carut timmy mase datang kelas diorang... heheheheh.. thanks juga kepada kak hasmah yang timmy anggap cam mak sendiri coz sangat friendly n sudi kongsi ilmu pasal mak yong dengan timmy.. thanks so much... arja lee tahniah coz sangat berani mencuba mak yong.... trade mark "selak pengse".... cik bam the jin pasak penunggu bumi... kelaz suara ella... huhuhu.. n x lupa juga kepada meraka2 yang menjayakan mak yong Dewa Indera Indera Dewa..
timmy, kak hasmah n abg suhaimi (kak cik kawe)

timmy dengan keluarga mak yong Qak Cheek Kawe

timmy n izz

oya, yas , kak dd n timmy

pose cantik katenyer

kenangan yg x dapat dilupakan

gonna miss that night
jin pasak penunggu aka cik bam n me

peran tua with cik nan sebagai dewa indera

timmy n cik nan (Dewa Indera)

arja lee (Indera Dewa) menewaskan jin pasak penunggu

Indera Dewa (arja lee) n Dewa Indera (abg nan)

Jin pasak penunggu dengan pengikut2

timmy n adie waridi

tarian mengadap rebab

tarian ragam
last show

dewa indera dan indera dewa berebutkan puteri selindungan daun

dewa indera dengan peran muda

Tuesday, June 14, 2011

MAKYUNG DEWA INDERA INDERA DEWA


MELIHATKAN liuk lentok penari makyung ketika majlis sidang akhbar teater Makyung Dewa Indera Indera Dewa di Istana Budaya (IB) baru-baru ini, ia cukup memukau. 

Teater tersebut akan dipentaskan di Lambang Sari selama dua hari berturut-turut, 17 dan 18 Jun ini, pukul 8.30 malam.

Sebelum ini, makyung tersebut pernah dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2006.
Nyata bukan mudah untuk mempelajari selok belok tarian dari negeri Che Siti Wan Kembang itu. Apatah lagi jika pelakunya bukan anak jati dari Kelantan namun dialek negeri itu perlu dikuasainya dengan baik.

Bagi pelakon utama teater berkenaan, Rosnan Rahman dan juga Arja Lee, lenggok tari mahupun lontaran dialog mengikut dialek Kelantan tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka tidak memberikan persembahan memukau pada hari pementasan nanti.

Mungkin bagi empunya badan, Rosnan, seni makyung sudah sebati dalam dirinya, namun bagi Arja yang masih mengikuti latihan industri di Universiti Sains Malaysia (USM) ini, menguasai gerak lentok makyung adalah suatu yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Mengakui tuah berpihak padanya apabila terpilih memegang watak Indera Dewa, Arja berkata, dia tidak cepat mendabik dada sebaliknya mengakui masih banyak yang harus dipelajarinya. 

"Ini merupakan teater pertama yang memerlukan saya mempelajari makyung dan lontaran dialog dalam dialek Kelantan. Saya akui, untuk mempelajari dialek negeri pantai timur itu, ia bukan suatu yang mudah untuk dilakukan.

"Bagaimanapun, saya tekad untuk menguasai dialek Kelantan dan langkah tari supaya penonton berpuas hati dengan lakonan saya nanti," katanya terus terang.

Sementara itu, Rosnan yakin dengan kemampuan Arja berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh anak muda itu ketika sesi latihan.

"Walaupun baru dua hari memulakan latihan, saya lihat Arja betul-betul menumpukan perhatian dan menunjukkan komitmen dalam mempelajari seni makyung," katanya yang juga merupakan pengarah bagi pementasan berkenaan bersama-sama dengan Fatimah Abdullah.

Makyung Dewa Indera Indera Dewa kali ini merupakan persembahan terakhir Rosnan bersama Istana Budaya.Bukan merajuk atau wujud rasa tidak berpuas hati terhadap Istana Budaya tetapi kerana perjalanan dunia yang sememangnya berkehendakkan sesuatu yang lebih baik. Oleh itu, Rosnan dinaikkan pangkat dan akan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan Kebudayaan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

"Bagi saya, jangka waktu 10 tahun saya di Istana Budaya banyak memberi pengalaman. "Terima kasih juga kepada Abang Jo kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menguruskan hal berkaitan ketika bertugas di Istana Budaya," katanya dalam nada terharu.

Selain itu, atas dasar cinta yang mendalam Rosnan terhadap seni makyung, beliau tidak akan sekali-kali membiarkan seni tersebut hilang ditelan zaman."Makyung sebenarnya sudah diiktiraf sebagai khazanah dunia dan saya tidak akan biarkan makyung berkubur begitu saja.

"Kami memerlukan pelapis yang betul-betul berminat untuk terus menghidupkan makyung. Jangan sampai pengiktirafan makyung ditarik balik," kata Rosnan yang merupakan satu-satunya pakyung lelaki dalam seni persembahan teater tradisional ketika ini.
Sokongan penonton

Berdasarkan kejayaan Istana Budaya mengaut RM6 juta untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, semestinya pihaknya yakin dengan kutipan Makyung Dewa Indera Indera Dewa.

"Berdasarkan jumlah keuntungan IB setakat ini, saya yakin ramai peminat teater akan hadir untuk memenuhi IB tidak lama lagi.

"Ketika kali pertama teater ini dipersembahkan, sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Jadi, saya jangkakan persembahan kali ini pasti akan mendapat sambutan.

"Malah, teater makyung kali ini juga tampil dengan waktu tayangan yang lebih singkat dan memuatkan lebih banyak aksi dramatik di samping menyelitkan juga isu-isu semasa," jelasnya. 

Tamat persembahan Makyung Dewa Indera Indera Dewa, akan menyusul teater Muzikal Dreamgirls Julai ini.

 Teater Makyung Dewa Indera Indera Dewa akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya pada 17 dan 18 Jun ini pada pukul 8.30 malam. Tiket berharga RM15 dan RM25. Pembelian tiket secara online boleh dibuat menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-4147 8600.