bangunan DUN Perak |
suasana dalam dewan |
Mengikut Perjanjian Negeri Perak pada tahun 1948, iaitu sebelum berkuatkuasanya Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dikenali sebagai "MAJLIS MESYUARAT NEGERI PERAK". Kerajaan Negeri Perak pada masa itu diperintah oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Marhum Ghafarullah) (1948-1963). Menteri Besar pada ketika itu adalah Allahyarham Dato' Haji Abdul Wahab b. Toh Muda Abdul Aziz (Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja)(1 Februari 1948 - 31 Julai 1957). Menteri Besar yang berikutnya adalah Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Mohamad Ghazali bin Jawi., PMN. (1 Ogos1957 - 15 April 1960) Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 27 Mei 1959 dan sebanyak 42 kerusi telah dipertandingkan. Selepas Pilihanraya tersebut, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Yang Pertama ditubuhkan.
dari sudut pemerhati. |
DUN Perak dulu |
berdiri YB Pantai Remis & YB Sungkai |
Bangunan lama Pejabat Setiausaha Kerajaan telah didirikan pada tahun 1909 dan direka oleh seorang jurubina tempatan iaitu M.C Ha La Brooy. Dewan Negeri yang pertama terletak di dalam bangunan ini.
RAJA MUDA & RAJA PUAN BESAR |
MB - ZAMRY ABD KADIR |
Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak telah berpindah dari bangunan lama ke Kompleks Ibpejabat Kerajaan Negeri Perak yang diberi nama Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan pada awal tahun 1970. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah, Sultan Perak yang ke-33 pada 2 September 1970. Segala urusan Dewan Negeri yang lama telah dipindahkan di dewan ini.
dun perak kecoh |
speaker dun perak, Dato R Ganesan |
kehangatan dun perak |
Bangunan perak darul ridzuan ini merupakan bangunan yang ketiga dibina dan ianya telah dirasmikan pada Selasa 9 Mei 2000 bersamaan 5 Safar 1421 Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lah.
| ||
kecoh satu ketika dahulu |
Dewan Undangan Negeri Perak atau DUN Perak terdiri daripada 59 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Menteri besar sekarang adalah Dato Seri Dr Zamry Abd Kadir (PANGKOR-BN) . Ketua pembangkang adalah Dato Seri Nizar Jamaluddin (PASIR PANJANG-PAS). Speaker pula Dato R Ganesan. Apa yang menarik adalah persamaan antara Zamry, Nizar dan Ngeh Ko Ham, pengerusi DAP Perak adalah mereka merupakan wakil rakyat yang duduk dalam satu parlimen iaitu LUMUT dimana ahli parlimen adalah Dato Seri Kong Cho Ha yang merupakan Menteri Pengangkutan. Zamry mewakili Pangkor, Nizar mewakili Pasir Panjang dan Ngeh mewakili Setiawan. 28 ahli terdiri daripada Barisan Nasional, 16 DAP, 5 PKR, 6 PAS dan 4 lagi Bebas.
salah satu sudut dun perak |
ketua pembaangkang Nizar Jamaluddin (Pasir Panjang - PAS), Ngeh Ko Ham (Setiawan - DAP) |
| Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abd.Kadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar (Barisan Nasional/ Pangkor) | | | |
Yang Dipertua Y.B. Dato' R. Ganesan Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan | | | | Timbalan Yang DiPertua Y.B Dato' Hee Yit Foong Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan (Bebas/Jelapang) |
Y.B. Dato' Hamidah binti Osman Pengerusi Jawatankuasa Industri,Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Perlancongan dan Hal Ehwal Wanita (Barisan Nasional/ Sungai Rapat) | Y.B. Dato’ Ramly bin Zahari Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur,Kemudahan Awam,Tenaga dan Air (Barisan Nasional/ Manong) | Y.B. Dato' Dr. Mah Hang Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan,Hal Ehwal Pengguna,Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam (BarisanNasional/ Chenderiang) | Y.B. Dato ‘Saarani bin Mohamad Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan, dan Kebajikan (Bariasan Nasional/ Kota Tampan) | Y.B. Dato' Mohammad Zahir bin Abdul Khalid Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi,ICT,Sumber Manusia,Sains dan Teknologi (Barisan Nasional/ Kamunting) |
Y.B. Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharudin Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan (Barisan Nasional/ Sungai Manik) | Y.B. Kapt. Datuk Hj. Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz Penasihat Kepada Y.A.B.Menteri Besar Perak (Barisan Nasional/ BatuKurau) | Y.B.Dato’ Hamdi Abu Bakar Penasihat Penerangan kepada Y.A.B Menteri Besar Perak (Barisan Nasional/Pengkalan Baharu) | Y.B.Tan Seri Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd.Ghazali (Barisan Nasional/ Pengkalan Hulu) | Y.B.Dato’ Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan (Barisan Nasional/ Belanja) |
Y.B.Dato’ Siti Salmah binti Mat Jusak (Barisan Nasional/ Chendroh) | Y.B.Dato’ Haji Nadzri bin Ismail (Barisan Nasional/ Manjoi) | Y.B.Dato’ Hasbullah bin Osman (BarisanNasional/ Temengor) | Y.D.H. Toh Bandar Ulu Y.B. Dato' Haji Mohd.Tarmizi bin Haji Idris (BarisanNasional/ Kenering) | Y.B.Dato’ Haji Mohamad Daud bin Haji Mohd.Yusof (Barisan Nasional/Selama) |
Y.B.Encik Sham bin Sahat (Barisan Nasional/ Alor Pongsu) | Y.B.Dato Haji Rosli bin Husin (Barisan Nasional/ Trong) | Y.B. Datuk Ahamad bin Pakeh Adam (Barisan Nasional/Lintang) | Y.B. Dato’ Samsudin bin Abu Hasan (Barisan Nasional/ Ayer Kuning) | Y.B. Dato' Sha’arani bin Mohamad (BarisanNasional/ Rungkup) |
Y.B.Dato’ Mohd.Khusairi bin Abdul Mutalib (Barisan Nasional/ Slim River) | Y.B.Dr.Wan Norashikin binti Wan Noordin (BarisanNasional/ Kampong Gajah) | Y.B.M.Dato’ Seri Raja Hj.Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Barisan Nasional/ Kubu Gajah) | Y.B.Dato’ Rusnah binti Kassim (Barisan Nasional/ Hulu Kinta) | Y.B.Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad (Barisan Nasional/ Bukit Chandan) |
Y.B.Dato’ Nasarudin bin Hashim (Barisan Nasional/ Bota) | Y.B.Cik Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi (Barisan Nasional/ Tualang Sekah) | Y.B. Encik Jamaluddin bin Mohd. Radzi (Bebas/Behrang) | Y.B. Kapt. (B) Mohd. Osman bin Mohd. Jailu (Bebas/Changkat Jering) | Y.B. Encik Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh (Bebas/Malim Nawar) |
Y.B.Dato’Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin,S.P.M.P ( PAS/Pasir Panjang) | Y.B.Dato’ Ngeh Koo Ham,D.P.M.P (DAP/Sitiawan) | Y.B. Encik Tai Sing Ng (PKR/Kuala Sepetang) | Y.B. Tuan Hj. Mohd. Zainuddin bin Mohd. Yusof (PAS/Lubuk Merbau) | Y.B. Encik Nga Kor Ming (DAP/Pantai Remis) |
Y.B. Encik Sivanesan a/l Achalingam (DAP/Sungkai) | Y.B. Encik Seah Leong Peng (DAP)/Pasir Berdamar) | Y.B. Encik Chen Fook Chye (DAP/Keranji) | Y.B. Encik Su Keong Siong (DAP/Pasir Pinji) | Y.B. Encik Sivakumar A/L Varatharajunaidu (DAP/Tronoh) |
Y.B. Drs. Encik Khalil Idham Lim bin Abdullah (PAS/Titi Serong) | Y.B. Encik Abdul Yunus bin Jamhari (PKR/Kuala Kurau) | Y.B. Tuan Hj. Ramli bin Tusin (PAS/Gunung Semanggol) | Y.B. Tuan Hj. Husin bin Hj. Din (PAS/Selinsing) | Y.B. Encik Yee Seu Kai (DAP/Pokok Assam) |
Y.B. Encik Yew Tian Hoe (DAP/Aulong) | Y.B. Cik Leong Mee Meng (DAP/Jalong) | Y.B. Encik Wong Kah Woh (DAP/Canning) | Y.B. Encik Ong Boon Piow (DAP/Tebing Tinggi) | Y.B. Encik Sum Cheok Leng (DAP/Bercham) |
Y.B. Encik Loke Chee Yan (DAP/Kepayang) | Y.B. Encik Sivasubramaniam a/l Athinarayanan (DAP/Buntong) | Y.B. Puan Lim Pek Har (DAP/Menglembu) | Y.B. Encik Chan Ming Kai (PKR/Simpang Pulai) | Y.B. Encik Chang Lih Kang (PKR/Teja) |
| Y.B. Encik Kesavan a/l Subramaniam (PKR/Hutan Melintang) | | Y.B. Tuan Haji Mohd. Anuar bin Sudin (PAS/Changkat Jong) | |
p/s : politik oh politik. yang sudah tu sudah... anda dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat... so semua kena buat kerja dengan amanah dan bertanggung jawab... sidang dun akan datang akan hangat lagi ke ? tettttttttttttttttttt... kita tunggu dan lihat k.... =P