Saturday, February 26, 2011

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG

kat depan pintu masuk
jinak katenyer...
ok la timmy nak cite sikit, pagi tadi kan, 26 feb 2011, my lecture buat la satu trip untuk mentee2 die.. classmate timmy, asmah n abu kitorang pun join untuk memeriahkan majlis. sebenarnye ni kali kedua timmy datang sini. first time mase tahun 2004 anjuran UNESCO. banyak perubahan telah berlaku di tempat ini. kemudahan2 yang amat mesra pelawat dan semakin cantik serta bersih menjadikan tempat untuk keluarga datang beriadah... mase datang dulu, timmy x sempat nak naik gajah, so since dah ade peluang, ape lagi... naik je la... bukan selalu kan.. hehehehehe... then kitorang g deer farm, 2 km dari tempai ini... best dapat peggang ruse... n ostrich 2, timmy chop dulu untuk buat beg PRADA... hehehehe
me n asmah... hehehe

naik gajah... peluk abg depan tu kuat2 k... hehehe
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

boleh g dekat2
abu, my classmate
Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.

my lecture, miss nazreen
belakang, my future clutch... hehehehe
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

rusa ini junak
poyo je kan
Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi :

segment membuli ruse
masuk je....
Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398
  
p/s : lepas ni nak naik harimau pulak..... hehehehehe

No comments:

Post a Comment