Thursday, April 14, 2011

Rebab Berbisik


Isnin yang lalu Timmy berkesempatan menonton mono drama bertajuk Rebab Berbisik, lakonan En Nan iaitu guru mak yong kepada Adie Waridi. So timmy dan kawan-kawan makyong Adie mengagahkan diri menonton teater tersebut memandangkan ianya merupakan hari terakhir teater itu dipentaskan.
pok su menceritakan pengalamannya bersama mak yong

 Pelakon teater Rosnan Rahman mengakui sudah bersedia mental dan fizikal untuk mementaskan teater monodrama berjudul Rebab Berbisik di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 8 hingga 11 April lepas.
rosnan sebagai mek ni

Menurut Rosnan, teater yang kali pertama dipentaskan di Istana Budaya ini membuatkannya lebih teruja untuk membuat persediaan yang secukupnya.

baju putih - is mr penerbit
Rebab Berbisik sudah lapan kali dipentaskan namun bukan di Istana Budaya tetapi ketika siri jelajah. Namun kali ini ia lebih istimewa kerana dipentas di tempat berprestij.
timmy with the IB dancer

“Oleh itu, saya sudah buat persiapan dengan rapi seawal sebulan yang lalu terutamanya dari segi latihan stamina,” katanya .Rosnan juga memberitahu apa yang lebih penting ialah latihan dari segi sebutan agar penonton yang menonton tetaer tersebut faham dengan apa yang cuba disampaikan.
selepas persembahan RB

“Pada saya yang penting ialah dari segi sebutan kerana saya tidak mahu penonton yang datang keliru dan tidak faham dengan dialog disampaikan.“Saya mahu semangat dan tenaga yang cuba saya samapikan ini dirasai oleh penonton pada malam tersebut.
pok su, seorang penari makyung yang sudah tua
“Justeru latihan suara dan pernafasan merupakan salah satu aspek penting yang saya tekankan,” ujarnya.Rosnan yang memegang empat watak dalam teater tersebut turut mengakui cabaran utamanya adalah setiap kali menukar watak-watak itu.
rosnan sebagai mimi d lobos, anak sulung
“Dalam teater monodrama ini saya akan membawa empat watak iaitu sebagai Pok Su Mat, Isteri (Mek Ning) dan dua anak lelakinya ( Mimi dan Ustaz Ari).“Jadi setiap watak itu perlu dilakonkan secara berbeza. Itu adalah caran utama ketika transisi dari satu watak kepada satu watak yang lain agar penonton tidak berasa keliru,” ujar Rosnan.
rosnan sebagai ustaz ari, anak kedua

Dalam pada itu, Rosnan memberitahu sambutan terhadap penjualan tiket agak memberangsangkan, mereka juga memberi harga istimewa kepada pelajar sekolah bagi mengalakkan lebih ramai pelajar sekolah datang penonton teater tersebut.
timmy with student2 mak yong

“Saya yakin Rebab Berbisik mempunyai peminat tersendiri. Manakala kami juga mengalakkan pelajar sekolah untuk datang menonton.“Tiket berharga RM22 dan 42 ditawarkan kepada pelajar-pelajar sekolah.
rosnan sebagai pok su

Teater hasil karya dan arahan Rahimidin Zahari ini juga bakal membolehkan sumbangan daripada hasil kutipan diberikan kepada empat tokoh penggiat Mak Yong iaitu Hanimah Hussin, Dollah Daud, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Ibrahim Senik.
basah basah basah... hehe

RB hadir bukan untuk berkeluh-kesah, seperti kebanyakan karya-karya senada. RB hadir untuk mengkritik dengan keras dan tegas. RB dengan berani menyuarakan banyak perkara yang selama ini bergema di dalam cepu fikir dan dada kebanyakan kita. Atas lesen puitika dan kebebasan seni, RB 'memukul' banyak pihak secara lantang, tetapi sinis dan masih santun. Bukan sahaja pihak berwajib yang sewajarnya melestarikan warisan makyung di'bantai' habis-habisan dalam monodrama ini, tetapi juga sikap masyarakat yang double-standard serta kelompok 'ustaz halal-haram'.Saya berasa sedih dengan hari tua Pok Su yang sunyi. Emosi saya semakin bergalau apabila seorang wanita berusia yang duduk di seberang saya mengesat air matanya. Saya, atau kami, barangkali tak tahu apa-apa tentang teater, tetapi kalau sampai emosi terkesan, itulah naskhah teater yang membekas di ingatan.
 
sedutan rebab berbisik

2 comments: