Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.
Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu.
Pengarah – Ming Jin, Pierre Andre
Lakonan - Sharnaaz,Cut Mutia,Azman Hassan,Nora Danish,Awal Ashaari dan Pierre Andre
ok filem pecah record timmy iskandar bila x sampai separuh cerita aku dah cabut keluar. bukan disebabkan terlalu horror atau seram tetapi disebabkan pening kepala coz camera yang x statik dan bergerak2.. rase klu bertahan lagi setengah jam, sah aku boleh muntah.. jalan cerita yang menarik tapi sayang coz the type of rakaman 2 yang spoil everything...seram 2 agak seram tapi camera yang pusing2 n jatuh2... aiyoooooo... pening aku nak tengok...ting tong jap....
No comments:
Post a Comment