Saturday, May 21, 2011

TELUK CHEMPEDAK DAY TRIP





Teluk chempedak, kuantan merupakan satu destinasi pelancongan yang agak polular di timur tanah air. Pantainya yang bersih dan airnya yang jernih menjadi pilihan untuk bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tidak jauh dari pekan Kuantan, Teluk Chempedak menjanjikan pengalaman yang menarik untuk disimpan dalam memori.

Sebenarnya ini merupakan kali kedua Timmy, Adie dan Am datang ke Teluk Chempedak. Memandangkan pada kali pertama kami tidak membuat persediaan untuk mandi, jadi untuk kali ini peluang keemasan ini. Mandi laut, aktiviti yang sudah lama Timmy tidak lakukan.

Menyelam sambil minum air, pepatah yang sesuai untuk trip kali ini. Selepas selesai sahaja berjumpa dengan klient di Pekan, kami terus ke Teluk Chempedak. Pantai yang mengadap ke laut cina selatan sememangnya amat bersih dan dipenuhi pengunjung. Di sini terdapat banyak gerai-gerai makan, kedai cenderahati, kelab2 malam dan hotel yang mengadap terus ke laut. 

Mungkin pada masa akan datang, menginap di hotel menjadi pilihan.Suasana mengadap terus ke laut semestinya amat menarik. Makan-makan ikan bakar, main bola tampar dan sebagainya menjadi aktiviti idaman pada masa akan datang. Salam sayang, timmy iskandar...


 truly i fall in love with this trip. dah lame plan nak mandi tapi x berkesempatan kenana kekangan masa. Sangat seronok akhirnya dapat gak mandi laut. hehehe.. memandangkan kat pantai timur, this x boleh nak tengok sunset.. tapi x per.. ok je... pepepun, enjoy sangat... thanks 2 adie n am...


No comments:

Post a Comment