Monday, July 18, 2011

Teater DREAMGIRLS di IB


Pada hari ahad 17 hb Timmy dan group mak yong kak cik kawe (lihat post terdahulu) bersama-sama menonton teater DREAMGIRLS di istana budaya. Walaupun merasakan bahawa artis terkemuka Malaysia iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Nurul Abdul Wahab ataupun Dayang Nurfaizah lebih layak memegang watak tersebut, namun Cheryl Samad (Deena Jones), Elvira Arul (Effie White) dan Azura Zainal (Lorrell Robinson) setanding dengan diva-diva tersebut. Lontaran vocal dan penjiwaan watak ternyata mampu membuat satu panggung kagum dengan kebolehan mereka. 

Panggung Sari, Istana Budaya tambah meriah lagi dengan pementasan ‘Teater Muzikal Dreamgirls’ (TMD) yang akan dipentaskan mulai hari ini, 14 Julai sehingga 24 Julai ini. Pada malam itu, Sultan Azlan of Perak bersama Raja Permaisuri Tuanku Bainun telah mencemar duli menonton teater tersebut.

Jika dibandingkan dengan filem Dreamgirls lakonan Jennifer Hudson, Jamie Foxx, Eddie Murphy, Beyonce Knowles dan ramai lagi, tiada perubahan besar dilakukan pada jalan cerita dan plot.
Teater ini masih mengekalkan karya yang asal, di mana perjuangan 3 anak gadis yang mengelarkan diri mereka ‘The Dreams’ mengharungi pelbagai cabaran demi mengejar impian semata-mata mahu bergelar bintang.

Namun yang pasti, pementasan teater muzikal Dreamgirls  ini sarat dengan pelbagai emosi dan memang menyeronokkan. Tepukan gemuruh yang diberi hampir pada setiap babak jelas menunjukkan TMD yang dipentaskan di Malaysia ini berjaya membuatkan penonton berpuas hati walaupun pementasan tersebut telah masuk hari ke-3.

 Apa yang menarik teater “Dreamgirls” ini bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 14 hingga 24 Julai ini dan akan dilakonkan oleh barisan artis yang bagi kami amat memukau dan berkelayakan untuk memegak watak yang diberikan. Barisan pelakon untuk teater muzikal ini adalah Cheryl Samad (Deena Jones), Elvira Arul (Effie White), Azura Zainal (Lorrell Robinson), Tony Eusoff (Curtis Taylor Jr), Dafi (C.C White), Indi Nadarajah (Marty), Ruzanna Ibrahim (Michelle Morris), Dina Nadzir (Effie White) dan Joy Victor (Lorrell Robinson). 

Mengulas tentang Teater Muzikal Dreamgirls ini, GUA merasakan pengarah teater ini berjaya meraih kepuasan para penonton yang hadir. Kelantangan dan gemersik suara milik kesemua pelakon cukup menghiburkan semua penonton. ‘The Dreams’ memang menjadi wanita impian penonton sekaligus berjaya menawan emosi setiap hadirin!

Jika dilihat dari segi lakonan pula, kesemua pelakon masing-masing berjaya membawa peranan yang sangat baik dan berkesan. Terutama sekali watak, Effie White lakonan Elvira yang membawa peranan berat yang pernah digalas Jennifer Holliday dan Jennifer Hudson, Elvira berjaya membawa emosi penonton ke dalam jiwa Effie terutama sekali di akhir babak.


Tidak kurang hebat juga lakonan Cheryl Samad (Deena Jones), Azura Zainal (Lorell Robinson), Kris Coleman (Jimmy Early), Tony Eusoff (Curtis Jr.), Dafi (C.C. White), dan Ruzana Ibrahim (Michelle Morris). Kesungguhan serta kerjasama yang sangat baik antara mereka berjaya menghidupkan setiap watak untuk pementasan TMD ini. GUA tidak boleh cerita panjang, jika mahu tahu lebih, jangan lepaskan peluang menonton teater yang hebat ini.

Antara babak yang berbekas di hati Timmy adalah sewaktu pertembungan watak Effie dan Curtis membawakan lagu “And I’m Telling You I’m Not Going” serta lagu “One Night Only” dalam pelbagai rentak dan persembahan finale “The Dreams”.

 Antara lagu yang didendangkan termasuklah “Cadillac Car”, “Steppin' to the Bad Side”, “Family”, “It's All Over”, "Love Love Me Baby", "When I First Saw You", "I Miss You Old Friend", "Hard to Say Goodbye, My Love", "Dreamgirls” dan banyak lagi.


Manakala, jika dilihat dari segi props dan penggayaan pentas secara keseluruhannya ia cukup menghiburkan dan berjaya membawa penonton menjiwai suasana yang ingin disampaikan.Cuma, terdapat beberapa kelemahan yang Timmy rasa  perlu diperbaiki seperti kelibat krew yang bertanggungjawab untuk menukar props dan set ternyata jelas kelihatan di atas pentas


Selain itu, Timmy juga ingin memberi pujian kepada kumpulan artistik. Timmy suka dengan set, kostum, kesan visual, tarian dan lagu-lagu yang dipersembahkan. Gabungan semua elemen ini menjadikan muzikal ini seronok untuk ditonton.

Jika anda masih belum mendapatkan tiket TEATER MUZIKAL DREAMGIRLS, Timmy sarankan kepada anda supaya dapatkannya dengan segera sebelum terlambat kerana ia dipersembahkan selama 10 hari sahaja. Tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/ atau dengan menghubungi talian AirAsia RedTix +603-87754666. Harga tiket dijual dengan harga RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM353.


Matinee shows (3:30 PM shows)
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
Royal Gala Night (17 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
Charity night (16 & 24 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
 bila la agaknya leh wat show mak yong kat panggung sari ek ????... huhuhu

No comments:

Post a Comment