Wednesday, December 28, 2011

Filem Satu Malam Kubur Berasap


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.
Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka.

***well what can i say is this film is such a typical malay's ghost film. kereta rosak tengah jalan. tetibe ade hantu. ahhhh... bored... walaupun ianya adalah filem seram komedi dan aku rase semua setuju kot klu aku kate cam filem ni die nak tiru cite hantu kak limah balik rumah... kan... dari cara bentuk poster, pemulaan cerita dan lakonan jelas menunjukkan ada unsur2 HKLBL terlalu banyak hantu yang at the end x der kene mengene degan hantu at the ending membuatkan filem ni nampak serabut. pemilahan pelakon komedi untuk menjayakan filem ni merupakan idea yang baik akan tetapi jalan cerita yang serabut membuatkan lawak itu x berapa menjadi... zack x-factor dilihat gagal membawa watak komedi dengan baik... watak si sengau Pet itu juga menyukarkan penonton susah nak paham ape yang dituturkan. banyak juga cite yang cam tersangkut di tengah jalan. penonton bertanya ape jadi pada mayat yang ditumpangkan kat rumah atan.... lawak yang dilihat tidak fresh dan jelas membosankan.. yang pasti aku sebagai penonton rase x puas hati tgk filem ni.. rase cam nak mintak balik je duit... ni la yang membuatkan sometimes malas nak tgk filem melayu... tak tau kualitinya dimana...

No comments:

Post a Comment