Thursday, October 4, 2012

Colour Blocking. Antara Fenomina dan Malapetaka

 

Jika kita mengikuti fesyen dewasa ini colour blocking menjadi satu trend ikutan remaja-remaja di jalanan sehinggalah ke pentas catwalk. Beberapa fashion house baik didalam mahupun luar Negara menjadikan colour blocking sebagan taruhan dalam membina satu fenomina baru. Lihat sahaja di butik seperti H&M, philosophy-men, Top Man dan sebagainya, baju-baju plain adalah berwarna terang serta seluar-seluar bertona terang berlambak-lambak untuk dipadankan. 



 Namun apakah  itu colour blocking ? Colour blocking adalah satu gaya yang bermain dengan beberapa tona warna yang terang. Namun, risiko untuk mengaya diri dengan colour blocking adalah sangan tinggi. Kesilapan menggayakan diri anda akan menjadikan anda kelihatan seperti COURT JASTER ataupun BADUT.
 


 Sebenarnya tidak salah untuk mengayakan diri dengan warna-warna terang. Ianya mampu menaikan aura si pemakai dan mennjolkan lagi identiti si pemakai di khalayak ramai. Mulut-mulut disekeliling sudah pasti akan bercakap-cakap tentang si pemakai itu. Namun yang membezakan adalah sama ada mulut-mulut itu memuji ataupun mengeji. Jadi jangan biarkan diri anda menjadi mangsa kejian mereka-mereka diluar sana. Berikut adalah beberapa tips sebagai panduan dalam mengayakan colour blocking. 


1. Combine with the right colour.
Jadikan colour wheel sebagai panduan. Padankan warna dengan warna yang kontra bagi menaikan aura si pemakai. Minimumkan kepada tiga colour sahaja supaya anda tidak kelihatan serabut ataupaun pelangi. 

2. One shade of colour
Pilih satu warna sebagai latar belakang atau identiti utama anda. Kamudian tona lain yang bersesuaian sebagai campuran warna bagi menaikan tona utama.




3. Pair with white shirt or T shirt
Sekiranya anda memilih untuk memakai seluar yang berwarna terang, untuk kelihatan selamat, gayakan dengan baju putih. Begitu juga sekiranya baju anda adalah berwarna terang, gayakan dengan seluar putih. Untuk maklumat putih adalah tona penyelamat untuk semua colour. Namun jika anda konfiden  untuk memilih tona selain putih, teruskan namun berhati-hati supaya tona itu nampak sesuai dengan gaya anda.




4. Use solid colour shoe
Elakkan memakai kasut yang berjalur-jalur ataupun bercorak. Gunakan kasut yang solid colour. Tips pengayaan, sesuaikan kasut anda dengan tali pinggang ataupun beg mahupun rantai supaya kelihatan tidak serabut.



5.      Do not over do it
Penggunaan lebih dari tiga colour ketika diluar adalah malapetaka besar dalam dunia fesyen. Hal ini dikecualikan sekiranya anda berada dipentas catwalk. Penggunaan colour yang banyak bukan sahaja menjadikan diri anda seperti BADUT namun mampu menyakitkan mata-mata yang memandang dan anda akan menjadi mangsa kejian mereka-mereka diluar sana.


6. Highlight
Guru fashion saya selalu mengatakan perkataan ini. HIGHLIGHT. Ianya tidak perlu besar namun ianya membawa impak yang besar dalam pengayaan. Ianya ibarat sekuntum mawar merah ditengah-tengah dinding putih. Mata-mata akan tertumpu dikawasan itu ketika memandang si pengaya. Highlightkan kasut, tali pinggang, beg, rantai ataupun mafla. Highlight adalah pelengkap gaya anda.



7.       Less is more
Semakin kurang tona dipakai, semakin selamat diri anda. Berpegang prinsip ini dalam memperagakan diri dan anda akan selamat. Telalu banyak yang anda pakai akan menyebabkan anda dilihat serabut. Pastikan diri anda just nice.


No comments:

Post a Comment