Tuesday, February 8, 2011

KG : hina sangatkah menjadi orang kampung (KG)

1. saya tertarik untuk mengulas satu post dalam fb yang berbunyi :
  
"kalau aku jadi kau, aku malu tau x?!!! x malu sgt2 masuk crowd org!! dasar org kampung...! berangan nak jadi socialites katanyerr!!"                                                                                        sumber : fb XXXXXX

2. saya tidak berminat mengetahui lebih lanjut  mengenenai post itu kerana ianya tidak ada kena mengena ataupun ditujukan kepada saya. cuma disini saya berminat untuk mengulas mengenai kampung dan orang kampung. (soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

kampung boy - peminat seluruh dunia
3. Kampung atau desa, menurut takrifan universal, adalah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripada pekan. Di malaysia, istilah "kampung" dirujukkan pada satu wilayah yang penduduknya lebih kurang dari 10,000 sama ada di kawasan subbandar atau sebuah negeri, dan dipimpin oleh penghulu, tok ketua, tok sidang, JKKK dan sebagainya. Kampung memberikan suasana yang tenang, aman dan nyaman kerana jauh dari bandar yang hiruk pikuk dan bunyi bising.(soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

permandangan kampung nelayan
4. Tingkat perkembangan terbahagi kepada tiga. pertama desa kurang maju iaitu desa yang belum memanfaatkan potensi yang ada kerana keterbatasan kemampuan masyarakatnya. Kedua desa membangun iaitu desa yang baru memanfaatkan potensi yang ada tetapi kekurangan kewangan dan ketiga desa maju iaitu desa yang sudah memanfaatkan semua potensi yang ada secara maksimum. (soalan kepada diri sendiri hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

rumah kampung ditengah sawah memang mendamaikan
 5. Mata pencarian masyarakat desa biasanya pertanian dan peladangan, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya hidup bergantung kepada sektor pertanian seperta buah-buahan seperti pisang, durian, rambutan serta sayuran seperti cabai, jaggung, timun dan lain2. Sawah, getah , kelapa, dan kelapa sawit merupakan mata pencarian orang kampung disampaing penternakan ayam, itik, lembu, kerbau dan lain2. Bagi penduduk di desa perindustrian, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja dalam sektor perindustrian di kilang-kilang berdekatan. Penduduk yang tinggal di Desa perikanan, iaitu desa yang sebahagian besar penduduknya bekerja sebagai nelayan. Segala produk2 ini menjadi keperluan harian masyarakat bandar dan semestinya jika tiada masyarakat kampung, oarang2 di bandar terpaksa bergantung kepada KFC, McD, subway dan sebagainya. Selain itu kampung juga dimajukan dalam sektor pelancongan. Produk homestay mendapat perhataian pelancong2 luar negara. Ramai orang dibandar yang masuk kampung setelah bosan tinggal dibandar (soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)
kampung baru- kampung ditengah2 bandaraya
6. Di malaysia, kemajuan kampung terletak dibawah kerajaan negeri dan di peringkat persekutuan, KEMENTERIAN KEMAJUAN WILAYAH DAN LUAR BANDAR. Pelbagai usaha diadakan oleh pihak kerajaan untuk menaiktaraf kemudahan kampung. Setakat ini hapir semua kampung mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Terdapat juga kampung yang kini sudah menjadi bandaraya seperti di kampung baru,  pantai dalam, kampung kerinci, dato keramat dan di sekitar kuala lumpur, johor bharu, petaling dan lain2.(soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)
masyarakat kampung yang conservative
7. Masyarakat kampung biasanya agak konservatif. Agak sukar bagi mereka untuk menerima budaya luar. Hubungan antara masyarakat kampung juga agak rapat. Aktiviti gotong royong biasanya menjadi amalan semasa kenduri dan dalam pelbagai acara. Komposisi yang kecil dalam kalangan penduduk kampung biasanya memudahkan penduduk kenal antara satu sama lain. Boleh dikatakanhubungan semua penduduk kampung dalam sesebuah kampung adalah seperti  adik-beradik dan bersaudara.Berlainan dengan orang bandar yang terlalu sibuk, kadang2 masih x kenal jiran walaupun pintu rumah sebelah x sampai sekangkang kera. (soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.
8. Ramai orang yang asalnaya dari kampung berjaya menjadi tokoh yang hebat. Allahyarham Tun Ghaffar Baba misalanya pernah menjadi timbalan perdana menteri malaysia berasal di sebuah kampung dimelaka. Bapa beliau seorang penarik beca.Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. (soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

9. Selain tun ghafar baba, dr mahathir (bekas PM), dr s subramaian (menteri sumber manusia), dato idris haron (ahli parliman tangga batu), mustapha mohamed (menteri MITI), dr zamry abdul kadir (MB Perak), rais yatim (Menteri peneranan), zainuddin maidin (bekas menteri penerangan),  dan ramai lagi merupakan anak kampung yang berjaya. Terdapat juga tauke2 cina yang kaya raya berasal dari kampung yang miskin. (soalan kepada diri sendiri, hina sangatkah menjadi orang kampung ?)

gotong royong masa kenduri
10. Jadi x salah sekiranya kita adalah orang kampung. Biarlah apa orang nak kata kerana sebenarnya fakta menunjukkan bahawa ramai orang kampung yang hebat dan berjaya. Tidak perlu malu mengaku "ya saya orang kampung". sesungguhnya allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka yang mengubahnya sendiri. kampung ke bandar ke, yang penting kita adalah malaysia. rambut sama hitam, makan nasi dengan sambal belacan, jalan pijak tanah dan banyak lagi persamaan. bukan status dinilai Allah bila mati, tetapi amalan semasa kita hidup. Jadi sebelum nak kata apa2 statement, fikir2 kanlah dulu.


"SAYA ORANG KAMPUNG DAN SAYA OK" : ikhlas timmy iskandar

No comments:

Post a Comment