Monday, April 9, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25


Semalam telah berlangsungnya ABPBH yang ke 25 di tempat biase which is Genting Highland dengan jayanya. Ramai bersetuju jika saya katakan pada tahun lepas ABPBH bertemakan HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH, tapi ABPBH kali ini bertemakan OMBAK RINDU yang berjaya mencipta satu fenomena dimana kemenangan berpihak kepada ENCIK HARRIS (Aaron Aziz) dan IZZAH (Maya Karin) . Boleh dikatakan lebih baik dari tahun lepas dari pelbagai sudut dari segi pengacaraan, persembahan artis dan lain-lain lagi. Acara yang tidak meleret2 dan ditambah pula dengan persembahan pembukaan yang bertenaga dari Stacy, Alyah serta CT Nurhaliza berterusan sehingga kepada persembahan penutup oleh Amy Search. Kejutan di awal pembukaan menampilkan MJ serta penampilan Watie Elite dan Maria Farida dalam persembahan Alyah  yang menyanyikan lagu Bad Romance berterusan sehingga kepada persembahan CT Nurhaliza yang menampilkan kumpulan VIP dan Ezlyne.


Dihoskan oleh Kak Engku, Syarifah Syahira, Didie Alias dan Zizan dilihat merupakan gabungan yang mantap. Kepetahan mereka berceloteh membuatkan majlis itu hidup dan tidak hambar membangkitkan suasana meriah dalam majlis itu. Tahniah diucapkan kepada Didie Alias dan Zizan yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan dalam pencalonan masing-masing. Mempamerkan kekecewaan dari sudut lawak oleh Raja Azura dan Syarifah Syahira yang gagal membawa pulang sebarang anugerah berjaya mengeletek hati penonton. Persembahan bertenaga gabungan vocal mantap antara Ziana Zain dan Azlan dalam lagu Anggapanmu dan Laguku Untukmu berjaya membuatkan penonton meremang bulu roma.  Penampilan special scene Ombak Rindu yang dibawakan oleh watak utama Harris, Izzah dan Mila (Lisa Surihani) yang  menjiwai watak tersebut secara live di atas pentas berjaya memukau penonton. Namun terdapat beberapa kelemahan dalam ABPBH kali ini. Lagu Seiring Sejalan yang dinyanyikan oleh Black yang dilihat berlebihan dan Najwa Latif yang kaku diatas pentas ternyata gagal membangkitkan suasana majlis. Selain itu ramai pengkritik mengkritik pakaian Didie Alias yang dilihat tidak sesuai kerana terlalu sarat sehingga memakan ruang dipentas yang kecil itu. Dari sudut fesyen pula, ada artis yang telalu sarat dengan gaun dilihat tidak sesuai dengan personaliti mereka. Memetik tips fesyen daripada Bon Zainal yang merupakan Vice-President BDA iaitu "highlight" dan "please make sure that is you wear the cloth not the cloth wear you" ternyata gagal difahami oleh beberapa pereka muda. Namun tidak semua diantara mereka gagal. Berkonsepkan "less is more" oleh sebilangan artis seperti Fazura dilihat sesuai dimajlis ini. Berikut senarai pemenang tahun ini.

BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011 - Aaron Aziz
Akhirnya Encik Harrislah yang paling Popular.... hehehe



Anugerah pencapaian sepanjang hayat Dato Shiela Majid

Penghargaan kepada Ratu Jazz Negara



Penyanyi Lelaki Popular

1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz

Tuah awan nano di AJL berjangkit ke ABPBH. 



Penyanyi Wanita Popular

1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna

Sape kate bertudung x boleh menang.... =P



Artis Baru Lelaki Popular

1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan As’ari

Botak oh botak yang membawa tuah kepada beliau yang baru naik sebagai artis katenyer.


Artis Baru Wanita Popular
1) Izara Aisyah

2) Najwa Latiff

3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla

Watak antagonis perempuan gedik dan jahat yang membawa tuah kepadanya. 



Pelakon Filem Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof

Encik Harris menang jua akhirnya.



Pelakon Filem Wanita Popular

1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin

Apakah Mila pasrah dengan kemenangan Izzah ???? hehehe



Pelakon TV Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak

Tergamam diatas pentas. Kemenangan yang tak disangka-sangka walaupun tak der fan club yang menyokong.



Pelakon TV Wanita Popular

1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah

Bak kata Syamsul Yussof, disiplin tangga kejayaan dan istemewa kepada yang tersayang katenyer.....


Artis Komedi Lelaki Popular

1) Afdlin Shauki   
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak

4) Nabil Raja Lawak

5) Zizan Razak

Hasil kerja keras mungkin...


Artis Komedi Wanita Popular

1) Aliza Abdullah @ Enot

2) Didie Alias

3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira

Tuah watak jahat dalam setiap cerita hantu di astro....





Pengacara TV Lelaki Popular

1) Aznil Hj Nawawi

2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak

Kejuta apabila Aznil naik ke pentas secara spontan menghadiahkan sendiri trofi kepada Zizan. Memang tabik la



Pengacara TV Wanita Popular

1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura

Pengaruh MELODI masih kuat mungkin walaupun NONA tu tetttttttttttttt... hehe



Penyampai Radio Lelaki Popular

1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid

No comment..... tapi suke ngan baju tajaan BON ZAINAL



Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira

Esok tetap di tangan tuhan............. hehehehe... BABY KE Cuba kuat lagi ok



Artis Duo/Berkumpulan Popular

1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama

SIA-SIA KU, MENCINTAIMU..... tuah gabungan tiga vocal mantap yang berjaya mempengaruhi hadek2 diluar sana...



Anugerah Seri Perak

1) Aishah
2) Zainal Abidin
3) Eman Manan
4) Datin Sofia Jane
5) Datuk M.Nasir
6) Ziana Zain
7) Datuk Siti Nurhaliza
8) Rosham Noor
9) Saiful Apek
10) Mawi
11) Nabil
12) Shaheizy Sam

Tak der sape berani pertikai.... memang layak sangat...




Ape2 pun timmy nak ucap tahniah kepada para pemenang.. Dan yang paling best, timmy ghedha dengan kejayaan ENCIK HARIS DAN IZZAH.. hehehehehe.. n sebagai penutup terimalah persembahan yang paling mantap di ABPBH 25




No comments:

Post a Comment