Tuesday, April 17, 2012

MY KIDZ MEMORY


Inilah beberapa koleksi sep sep tom tom yang aku pernah main zaman sekolah rendah dulu. Tak kira lelaki atau perempuan, mesti korang pernah main jugak kan?
Konsep sama, tapi mungkin kat sesetengah negeri, nyanyiannya berbeza-beza ikut negeri. Sebab bila aku balik kampung, sepupu aku nyanyi style lain pulak. tapi konsep mainan still sama.  mainan ni aku main zaman 90an. sbb aku kanak2 lahir tahun 80an. hehe

1. Assalamualaikom.
Permainan ni amat glemer time sekolah dulu, tak silap aku setiap negeri ada. yang kat bawah ni style nyanyian yg aku tau la ye. korang punya version mesti lain sikit.
(Pemain: 2 orang)
"assalamualaikom (sambil buat tangan seperti bersalam). kom apa kombat.
bat apa batmen. men apa mentol
tola apa tolak. lak apa laksa.
sa apa sapak.pak apa pakcik.
cik apa cikcak. ca apa cawan
wan apa one two three four five six seven eight nine ten.
ten apa tembak. bak apa bak duit!
duit apa duit palsu. palsu apa pasu bunga.
bunga apa bunga mawar. mawar apa mawar merah.
merah apa merah jambu. jambu apa jambu masak.
masak apa masak nasi. nasi apa nasi goreng.
goreng apa goreng pisang. pisang apa pisang awak.
awak apa awak budus!!! "(sambil cepat2 tunjuk sape budus..)


2. R.O.C.K!!
R.O.C.K rock mungkin wujud sebab zaman tu zaman rock kapak kot.
(Pemain: minimum 2 orang), buat bulatan menghadap satu sama lain, pastu pegang jari orang sebelah dengan silangkan jari kelingking, ayun tangan sambil ramai2 cakap
Ramai2: "R.O.C.K rock!! (pastu tepuk tangan 3 kali)
Budak 1: "namakan, 2 jenis, iaitu : buah. buah apa, 
Budak 1: "buah apple"
Budak 2: "buah ciku"
Budak 2: "namakan, 2 jenis, iaitu : kereta. kereta apa, 
Budak 2: "kereta lembu"
Budak 1: "kereta api"
* kalo 5 orang pemain, tukar pada "namakan, 5 jenis"

3. Nenek si bongkok 3

Nenek si bongkok 3 ni tak silap aku da wujud zaman P Ramlee lagi kot.
(Pemain: minimum 3 orang)
Seorang pemain duduk di tengah2 jadi "nenek". Mata "nenek" perlu ditutup dengan kain. Pemain selebihnya akan jadi "cucu" dan mengelilingi "nenek" sambil nyanyi:
Cucu: "Nenek nenek si bongkok 3, siang mengantuk malam berjaga, mencari cucu di mana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja"
(lepas tu semua cucu kene menyorok, duduk diam2)
Nenek: "Cucu cucu tak dapat lari, nenek tua banyak sakti, sekarang nenek nak cari ganti sapa yang kena dia yang jadi"
(pastu nenek kena cari semua orang. bila da dapat, kene teka sapa orang yg dia pegang tu. kalo betul, org yg kene tangkap dgn "nenek" tu akan jadi "nenek" pulak.

4. Ola Oli

Permainan ni aku tak tau mana wujud. Tapi yang aku ingat ada penyanyi kanak2 ni buat album ola oli.
(Pemain: minimum 2 orang)
Ola oli kuberi nama saudara saudari cikeboom cikeboom
Malam malam minggu, siang siang minggu. disko disko
Putih putih melati ali baba
Merah merah jelita miao miao
Sape yang baik hati cinderella. Tentu disayang emak.


5. Pak Mat
(Pemain: minimum 2 orang)
Sep sep sep. tom tom tom
Di malam sepi pi pi. pak mat jual topi pi pi.
topi yang koyak yak yak. pak mat jual anak nak nak.
anak yang hilang lang lang. pak mat jual gelang lang lang.
gelang yang patah tah tah. pak mat jual getah tah tah.
getah yang putus tus tus. pak mat jual tikus kus kus.
tikus yg mampus pus pus.
di malam jumaat at at. pak mat jadi mayat yat yat.
di malam sabtu tu tu. pak mat jadi hantu tu tu.. (pastu kejar org)
 

6. Aiskrim soda
(Pemain: minimum 2 orang)
pemain membuat bulatan, menghadap satu sama lain, pastu sorang akan nyanyi dan tnjuk kat sorang2 sampai abis lagu ni:
"Aiskrim soda, pepsi kola, buatan Malaysia, tak laku balik India."
bila dah abis je, org yg last kene tunjuk tu, dia akan start lompat kat orang sebelah dia.(kene cuba pijak kaki orang sebelah) orang sebelah kena cuba elak.
kalo kaki kena pijak, kira kalah. Orang yang menang orang yang last sekali tak kena pijak kaki.


7.Polis Entri
Ada sorang pemain yang ditugaskan nyanyi: "Polis entri want to jaga. polis mati pencuri jaga." (sambil tunjuk kat pemain2 lain).
Lepas tu akan pilih sapa yang jadi polis, sapa yang jadi pencuri.
Polis kene kejar pencuri sampai dapat.


8. Jan Jan Jala
Jan jan jala atau jala itik/itek merupakan lagu yang dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu. Lazimnya, permainan ini perlu dimainkan lebih daripada empat orang. Dua orang akan saling berpaut pada bahu masing-masing atau memegang tangan masing-masing dan meninggalkan ruang tengah untuk memberi laluan. Pemain lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan, pemain yang masih di ruangan tengah itu akan ditangkap dan dikira kalah dan didenda.

jan jan jala
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?
seratus lima puluh
panggil nenek moyang
makan sirih mulut meeeeeerah


No comments:

Post a Comment