Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Pertama Timmy

Selamat berpuasa guys. Untuk hari ini aku x sempat bangun untuk sahur di ramadhan pertama. Gara2 silap kunci alarm kat hp.. Sedeh sangat... Namun tak mengapa.. Ujian Allah di bulan puasa. Tetap tidak menghalang aku dari terus berpuasa...=)

Mengigati first time timmy berpuasa penuh is tahun 1999 sewaktu berumur 9 tahun. Mungkin usia yang agak lewat coz ade gak rakan2 berpuasa start umur 7 tahun... hahaha... yang menariknya puasa pertama aku bukanlah di kampung halaman tetapi di negeri jelapang padi, Kedah. Bertolak bersama ibu dan arwah ayah3 hari sebelum puasa ke rumah sepupu di mergong, berpuasa di tengah sawah sangat seronok. x terasa akan keletihannya. Dan ibu dah janji sehari puasa , aku akan dapat 2 ringgit sebagai duit raya.. It means klu 30 hari, 60 ringgit la kan... hahahaha. up lagi up lagi.... ahakz


Antara projek gila arwah ayah pada first time aku puasa ialah bershopping di wang kelian dan padang besar, perlis... totally memenatkan.. Ape ade kat tempat 2 ? Well biase la tempat shopping untuk mak cik2 beli beras pulut dan macam2 barang yang murah non branded. Klu x silap mase 2 still belum ade beg LV murah, coach, prada, gucci dan sebagainya pun belum ada.... bonia dan polo itu aku x pasti... yang penting seluar cap unta ade rasenyer.... Dengan cuaca panas memang betul2 dugaan. Banyak kali aku merengek nak buka puasa sebab keletihan. Namun ibu dan arwah ayah menghalang dan terus memberi rangsangan untuk meneruskan puasa ini.

Balik je dari perlis, semua terbongkang tido keletihan. Petang pula aku dan mereka ke pasar ramadhan di stadium darul aman klu x silap. wow... memang syurga makanan.. tergugat iman siot.... Aku percaya ketika itulah majoriti umat islam dikuasai nafsu. Rase cam nak beli macam2... Arwah ayah mengajar aku akan kesederhanaan dalam berbuka. Aku menurut saja kata ayah.. Lagipun dirumah, ibu dan umi (mak saudara) dah masak. Sampai sahaja di rumah, 5 minit sebelum berbuka puasa. Azan berkumandang di surau yang jauhnya x sampai sekangkang kera. Of coz.... air lah yang aku bedal dulu. Ayah marah coz x bace doa... opsss... sowi.. lupe... dahaga punye pasal... hehehehe.. malamnye.. haruslah terawikh.. lokasi : masjid zahir.... hehehe
aku dan arwah ayah sewaktu 2 tahun
2002, ketika aku berusia 12, tahun pertama aku dan ibu berpuasa tanpa ayah.. Ayah pergi meninggalkan kami februari tahun itu kerana sakit jantung mengejut. Lain benar rasanya berpuasa tanpa ayah disisi. Aku mengakui bahawa aku rindu akan naik moto bersama ayah ke bazar ramadhan. Namun hidup perlu diteruskan. Tiada siapa tahu yang pada hari pertama puasa tanpa ayah, aku berbuka dengan linagan air mata. Terlalu merindui ayah. Memori indah bersama arwah x kan aku dan ibu lupakan...  tahun itu juga merupakan tahun terakhir aku di sekolah rendah.. on the next year, aku akan ke sekolah menegah pilihan arwah ayah.... memenuhi wasiat ayah....
ayah dan aku bersama sepupu

Diari Ramadhan Timmy




Bismillah n salam to those who r following my blog yang hidup segan mati x mau ni. hehe.. First sy nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam dan selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada seluruh rakyat malaysia. semoga ramadhan kali ini membawa rahmat kepada kita dan puasa kita diterima allah


Dugaan paling besar berlaku dalam hidup saya.Ya saya mengaku yang saya baru brake dengan beliau 2 hari sebelum puasa.Baru saya tahu bahawa saya cumalah spare part. Saya bukanlah barang yang boleh di pilih. Ambil buang macam 2 je.. I have a feeling just like a normal human being. Thus better saya mengundurkan diri. Apabila cinta dikhianati, segala harapan dan angan2 hancur berkecai. Segala2nya kini tinggal kenangan. Saya terima akan takdir ini cuma saya geram kepada diri saya sendiri kerana gagal mempertahankan cinta yang terbina berbulan2 lamanya. Namun apakan daya segala2nya sudah berlaku dan saya terima dengan redha. Kepada si dia, maaf saya tak boleh maafkan awak dan saya akan ingat sampai mati apa yang awak buat kepada saya. Saya mengaku yang saya memang keras hati untuk memaafkan orang lain. 

But itz ok. lupakan pasal kisah cinta ini. What ever it is life must go on dan timmy iskadar tidak akan MEROYAN macam orang lain dimana baru brake dah macam nak kiamat dunia ni.  Terima kasih kepada rakan2 yang menyokong dari belakang dalam mengharungi saat2 yang paling mencabar dan genting dalam hidup saya. Timmy sayang korang sangat2. Semoga Allah membalas budi baik anda2 semua.
lagu tema
Sepanjang ramadhan ini, saya akan berkongsi pengalaman dan kenangan saya berpuasa. Entry Diari Ramadhan Timmy akan bersama anda sepanjang bulan puasa ini. Bermula esok, inshaalah akan bermula post yang pertama. Thus kepada mereka yang mengikuti blog timmy, timmy nak ucapkan selamat berpuasa, bersahur , berterawikh dan sebagainya... Klu ada iftar 2 jemput2 la ya... hehehehe

salam sayang,
TIMMY ISKANDAR



Friday, July 29, 2011

PERPUSTAKAAN SHAH ALAM

mungkin entry ni cam poyo skit but sy mengakui sy suke membaca... atas inisiatif diri sendiri okeh... huhuhu...setelah dekat berbulan ditutup, akhirnya rumah kedua timmy dibuka di sek 13, shah alam. agak pening mencari pada mulanya kat mane library ni coz dah pusing satu sek 13 cari x jumpe2, last2 timmy call n tanye...rupe2nyer terletak kat cerok sek 13 yang timmy x pernah pergi.. kat dalam area kelab golf sultan salahuddin... perpustakkan baru dalam 5 tingkat memenag menarik. ianya moden dan sangat selesa dan mesra pelanggan..... berhadapan ngan tasik mmg best bace buku tanpa gangguan.... tido pun best dalam ni... hehehe... sesuai dijadikan port tido dikala ramadhan menjelang.... hehehehehe









Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Jalan Kelab Golf 13/6,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Monday, July 18, 2011

Teater DREAMGIRLS di IB


Pada hari ahad 17 hb Timmy dan group mak yong kak cik kawe (lihat post terdahulu) bersama-sama menonton teater DREAMGIRLS di istana budaya. Walaupun merasakan bahawa artis terkemuka Malaysia iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Nurul Abdul Wahab ataupun Dayang Nurfaizah lebih layak memegang watak tersebut, namun Cheryl Samad (Deena Jones), Elvira Arul (Effie White) dan Azura Zainal (Lorrell Robinson) setanding dengan diva-diva tersebut. Lontaran vocal dan penjiwaan watak ternyata mampu membuat satu panggung kagum dengan kebolehan mereka. 

Panggung Sari, Istana Budaya tambah meriah lagi dengan pementasan ‘Teater Muzikal Dreamgirls’ (TMD) yang akan dipentaskan mulai hari ini, 14 Julai sehingga 24 Julai ini. Pada malam itu, Sultan Azlan of Perak bersama Raja Permaisuri Tuanku Bainun telah mencemar duli menonton teater tersebut.

Jika dibandingkan dengan filem Dreamgirls lakonan Jennifer Hudson, Jamie Foxx, Eddie Murphy, Beyonce Knowles dan ramai lagi, tiada perubahan besar dilakukan pada jalan cerita dan plot.
Teater ini masih mengekalkan karya yang asal, di mana perjuangan 3 anak gadis yang mengelarkan diri mereka ‘The Dreams’ mengharungi pelbagai cabaran demi mengejar impian semata-mata mahu bergelar bintang.

Namun yang pasti, pementasan teater muzikal Dreamgirls  ini sarat dengan pelbagai emosi dan memang menyeronokkan. Tepukan gemuruh yang diberi hampir pada setiap babak jelas menunjukkan TMD yang dipentaskan di Malaysia ini berjaya membuatkan penonton berpuas hati walaupun pementasan tersebut telah masuk hari ke-3.

 Apa yang menarik teater “Dreamgirls” ini bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 14 hingga 24 Julai ini dan akan dilakonkan oleh barisan artis yang bagi kami amat memukau dan berkelayakan untuk memegak watak yang diberikan. Barisan pelakon untuk teater muzikal ini adalah Cheryl Samad (Deena Jones), Elvira Arul (Effie White), Azura Zainal (Lorrell Robinson), Tony Eusoff (Curtis Taylor Jr), Dafi (C.C White), Indi Nadarajah (Marty), Ruzanna Ibrahim (Michelle Morris), Dina Nadzir (Effie White) dan Joy Victor (Lorrell Robinson). 

Mengulas tentang Teater Muzikal Dreamgirls ini, GUA merasakan pengarah teater ini berjaya meraih kepuasan para penonton yang hadir. Kelantangan dan gemersik suara milik kesemua pelakon cukup menghiburkan semua penonton. ‘The Dreams’ memang menjadi wanita impian penonton sekaligus berjaya menawan emosi setiap hadirin!

Jika dilihat dari segi lakonan pula, kesemua pelakon masing-masing berjaya membawa peranan yang sangat baik dan berkesan. Terutama sekali watak, Effie White lakonan Elvira yang membawa peranan berat yang pernah digalas Jennifer Holliday dan Jennifer Hudson, Elvira berjaya membawa emosi penonton ke dalam jiwa Effie terutama sekali di akhir babak.


Tidak kurang hebat juga lakonan Cheryl Samad (Deena Jones), Azura Zainal (Lorell Robinson), Kris Coleman (Jimmy Early), Tony Eusoff (Curtis Jr.), Dafi (C.C. White), dan Ruzana Ibrahim (Michelle Morris). Kesungguhan serta kerjasama yang sangat baik antara mereka berjaya menghidupkan setiap watak untuk pementasan TMD ini. GUA tidak boleh cerita panjang, jika mahu tahu lebih, jangan lepaskan peluang menonton teater yang hebat ini.

Antara babak yang berbekas di hati Timmy adalah sewaktu pertembungan watak Effie dan Curtis membawakan lagu “And I’m Telling You I’m Not Going” serta lagu “One Night Only” dalam pelbagai rentak dan persembahan finale “The Dreams”.

 Antara lagu yang didendangkan termasuklah “Cadillac Car”, “Steppin' to the Bad Side”, “Family”, “It's All Over”, "Love Love Me Baby", "When I First Saw You", "I Miss You Old Friend", "Hard to Say Goodbye, My Love", "Dreamgirls” dan banyak lagi.


Manakala, jika dilihat dari segi props dan penggayaan pentas secara keseluruhannya ia cukup menghiburkan dan berjaya membawa penonton menjiwai suasana yang ingin disampaikan.Cuma, terdapat beberapa kelemahan yang Timmy rasa  perlu diperbaiki seperti kelibat krew yang bertanggungjawab untuk menukar props dan set ternyata jelas kelihatan di atas pentas


Selain itu, Timmy juga ingin memberi pujian kepada kumpulan artistik. Timmy suka dengan set, kostum, kesan visual, tarian dan lagu-lagu yang dipersembahkan. Gabungan semua elemen ini menjadikan muzikal ini seronok untuk ditonton.

Jika anda masih belum mendapatkan tiket TEATER MUZIKAL DREAMGIRLS, Timmy sarankan kepada anda supaya dapatkannya dengan segera sebelum terlambat kerana ia dipersembahkan selama 10 hari sahaja. Tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/ atau dengan menghubungi talian AirAsia RedTix +603-87754666. Harga tiket dijual dengan harga RM48, RM88, RM128, RM168, RM228, RM288, RM353.


Matinee shows (3:30 PM shows)
RM353, RM248, RM208, RM148, RM108, RM68 and RM48.
Royal Gala Night (17 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
Charity night (16 & 24 July 2011)
RM403, RM353, RM303, RM253, RM203, RM153 and RM103.
 bila la agaknya leh wat show mak yong kat panggung sari ek ????... huhuhu

Friday, July 1, 2011

ASAL USUL DUNIA MENGIKUT KITAB LAMA MELAYU

BAHAWA ini fasal pada menyatakan surat pawang yang pertama-tama keturunan daripada Nabi Allah Adam; dengan berkat mukjizat Nabi kita Muhammad Rasullullah s.a.w; dengan berkat Dato' Kathi Rabul Jalil yang diam di Madinah, yang sembahyang di Kaabatullah; dengan berkat Tok Sheikh Alim Puteh yang bersandar di tiang Arash, yang tahu akan Laoh Mahfuz yang menyuratkan dua kalimah syahadah, yang mengendap di pintu Kaabah; serta dengan berkat Tok Sheikh Panjang Janggut yang diam di Beringin Songsang; serta dengan berkat Tok Kuning Malim Jaya yang berdiam di Gunung Ledang; dengan berkat Tok Puteh Rabun Mata yang diam di Gunung Berapi; serta dengan berkat Tok Malim Karimun yang berdiam di Pulau Karimun; serta dengan berkat Tok Demang Lebar Daun dan diam di Hulu Palembang di lembah Patawalau di Bukit Siguntang tempat pinang beribut; dengan berkat Dang Empuk Dang Malini; dengan berkat sekalian Wali Allah; dengan berkat Ibu serta Bapa; dengan berkat mukjizat Bulan dan Matahari; dengan berkat Daulat Sultan Manikam yang diam di Puncak Arash, yang memegang sekelian benih anak Adam ia itulah adanya.
Tatkala Kelam dikandung Kabut, Kabut lagi dikandung Kelam, lagi di dalam rahim haiwanan Tuhan diam-diam aldiaman. Bumi belum bernama Bumi. Langit belum bernama Langit. Allah pun belum bernama Allah. Muhammad pun belum bernama Muhammad. Arash pun belum, Kursi pun belum. Samad awang-awang pun belum ada, maka sedia terjadi dengan sendiri, yang dijadikan sekalian alam ini; maka ialah Pawang yang Tua adanya.

Maka jadikan Bumi itu selebar dulang, Langit selebar payung, maka iaitu alamnya Pawang adanya, maka datanglah ia berahi sedia itu dengan sendirinya, maka terpancarlah seri manikamnya itu di hati bumi setapak ke dalam itu, tersunjam tujuh petala Bumi, tersondak tujuh petala Langit, maka bergetarlah tiang Arash, maka itulah kudrat Pawang adanya.

Shahdan adalah asalnya Pawang itu terlebih dahulu daripada dahulu, ia itulah Allah serta dizahirkannya dengan cahaya bulan dan matahari, maka iaitu kenyataannya pawang yang sebenarnya pawang adanya.
Menyatakan seri mana manikam itu menjadikan pusat Bumi tiang Kaabah, maka tumbuhlah ia diibaratkan sepohon kayu, di namakan kayu itu Kayu Rampak, Kayu Sinang, Kayu Langkah Langkahpuri, kayu yang tumbuh di halaman Allah maka itulah tumbuhnya; dan empat cawang kayu itu, dan secawang bernama Sidratul Muntahar, dan secawang bernama Taubi dan secawang nama Khaldi dan secawang bernama Nasrun Alam, secawang ke daksina, secawang ke paksina, dan secawang ke masyrik dan secawang ke maghrib, maka barulah bernama empat penjuru alam.
Maka pusat Bumi itulah yang bernama Ular Saktimuna, ialah yang membelit Bumi setapak Nabi itu.
Maka firmah Allah Taala di dalam rahsianya kepada Jibrail, "Palukanlah Aku Ular Saktimuna itu, ambil olehmu besi tongkat Kalimah yang terjuntai di pintu Langit itu,".
Maka diambillah besi itu serta dipalukannya kepada ular itu, maka putus dualah ular itu, sekerat kepalanya ke atas Langit menyentak naik, ekornya ke bawah bumipun menyentak turun.
Dan kepalanya menjadi Jin Sri Alam, lidahnya menjadi Jin Sakti dan benih yang di dalam matanya itu menjadi Jin Putih; dan ruang-ruang matanya itu jadi Dato' Mentala Guru dan cahaya matanya itu jadi sekalian Jin, Jin Hitam, Jin Hijau, Jin Biru, Jin Kuning, dan jiwanya itu jadi Si Raja Jin.
Dan hatinya itu jadi Lembaga Nyawa dan buah matanya itu menjadi limau dan tahi matanya itu menjadi kemenyan; dan selaput matanya jadi kapas; dan hujutnya itu jadi Jin Si Putar Alam. Dan perutnya itu jadi Jin Si Lengkar Alam dan jantungnya itu jadi Jin Bentara Alam dan cahaya manikamnya menjadi Jin Gentar Alam dan suaranya menjadi Halilintar Alam dan cahaya pedangnya jadi kilat. Dan hawa pedang itu menjadi tuju Si Raja Wana.

Dan pedangnya menjadi pelangi dan hulu pedang jadi tunggulnya dan seng-kang hulu pedangnya menjadi bantalnya dan darahnya itu jadi Mambang Kuning dan cahaya darahnya itu menjadi Mambang Sina dan haba darahnya menjadi api. Dan rohnya itu menjadi angin dan zamzamnya itu menjadi air. Dan maninya itu jadi bumi dan sirmaninya itu menjadi besi, dan bulu romanya itu menjadi rumput, dan rambutnya menjadi kayu dan air matanya itu menjadi hujan, dan peluhnya menjadi embun dan sri maninya itu jadi padi dan dirmaninya itu menjadi ikan dan darah pusatnya jadi upas dan penyakit datang daripada sir, penawarnya datang daripada nur. Maka inilah fasal yang ke atas (langit).

Fasal ekornya yang ke bawah tanah menjadi lembaga Adam, yang baharu, maka dinamai uri, tembuni, pusat, tetuban. Maka yang empat inilah menjadi sekelian penyakit yang di bawah. Dan darahnya itu jatuh ke bumi menjadi Hantu Jembalang Puaka dan semangat uri, tembuni, pusat dan tetubannya itu jadi Polong Penanggal.

Dan bulu matanya itu menjadi Jin Bala Seribu. Waktunya seperti kilat manikam itu, ialah menjadi Mambang dan Dewa, duduknya di dalam bulan dan matahari; maka sebab dikatakan dewa dan mambang iaitu tiada mati dan Tok Mambang Puteh itu duduknya dalam matahari dan Tok Mambang Hitam duduknya di dalam bulan.

Dan jikalau ke laut dikatakan Mambang Tali Arus di dalamnya itu. Jikalau ke darat dinamakan ia Tok Jin Puteh Gemala Alam, yang diam di dalam matahari, maka Tok Jin Hitam Lembaga Adam, yang diam di dalam bulan, maka demikianlah aturannya Pawang sekeliannya itu terhimpun kepada kalimah Laillahaillallah….

Empat kudrat Pawang:

Sri Alam – Ruang mata kita

Sri Gentar Alam- Nafas kita

Sri Putar Alam- Jantung kita

Bentara Alam- Nyawa Pawang Tok Kathi Rabun Jalil

Asal Jin dan Hantu

- Jin daripada pancaran manikam.
- Syaitan daripada berahi Adam ketika belum bertemu Hawa.
- Jembalang Puaka daripada uri, tembuni, pusat, tetuban (menjadi nyawa    
  kepada tanah, diam di gaung, gunung, busut, kayu, batu, teras).
Asal Usul Kayangan

Inilah risik Semar Hitam:
Assalamualaikum, Hei Jin Hitam
Jembalang Tunggal, Jin Kuning,
Hei Jin Isma Allah Tunggal.

Tahukah asalmu keluar daripada bayang Allahmu yang bernama Isma Allah nama yang awal lagi dahulu; tatkala asyik-asyikkan dirimu bernama Jin Selenggang Bumi Tunggal rupakan dirimu, maka asyikkan dirimu bernama Raja Jin Sahabak tinggal rupa akan dirimu, asyikkan dirimu di pintu langit yang pertama bernama nenek Berumbung Sakti bertekak hitam berdarah putih bertulang tunggal beroma songsang hulubalang yang asal. Maka tinggal rupakan dirimu masa, maka jatuh dari atas pohon narun-narun (Beringin) bernama Dewana, maka datang oleh Suri Peri yang baik rupanya maka terpandang atipak oleh Dewana maka bercita si keluar mani, setitik. Maka serah gilang gemilang, maka terpandang oleh Suri Peri, maka diambil oleh Suri Peri, maka memiling (bunting) maka keluarlah anak empat orang sehulu-hulu sehilir-hilir akan Dewana tinggal rupakan dirinya.

Maka mengasyik akan dirimu ke mana jatuh ura masa maka kembalilah engkau rupamu bersifat dengan sifat yang kahar rupamu seperti sedia kala, maka bernama Isma Allah tatkala sujud (kepada) Tuhan, maka sekalian lama minta menjadi negeri kayang-kayangan, antara langit dengan bumi maka dibenar oleh Tuhan, maka memohon kepada Tuhan, maka hilang akan dirinya ke mana ja-tuh ura masa, maka jatuh kepada awan yang kuning maka bernama Dewa Asal Yang Tunggal. Maka berikat tapa umur dua belas tahun maka tinggal rupa (beralih rupa) akan dirimu, maka dibangkitkan Aji Pesuna, maka tutup lambongan kiri, tutup lambongan kanan, tujuh-tujuh ikhlas; maka pandang sebelah awun terus ke sebelah awun, pandang sebelah wetan terus ke sebelah wetan, maka pandang sebelah pipiran terus ke sebelah pipiran, pandang sebelah pegalan te-rus sebelah pegalan, pandang turun tujuh petala bumi terus tujuh petala bumi, pandang naik tujuh petala langit terus tujuh petala langit.

Maka dijadikan satu hikmat, maka dijadikan satu negeri kayangan ketujuh, maka masukkan dirimu ke mana jatuh ura masa jatuh di dalam negeri kayangan, di dalam negeri Ratna Gading Petah Tinggi Mutu Manikam, maka dijadi-kan Dewa Bentara Umar ditilik oleh Dewa Bentara Umar aku seorang diri, maka dijadikan Dewa Bentara Guru, maka ditilik oleh Bentara Guru, akulah Dewa Asal yang tunggal, Jin yang dahulu.

Dewa yang asal, akulah mengakukan diri akulah seorang-orang Dewa asal yang tunggal cerah gilang gemilang, terlalu baik rupanya bersemayam terlalu malu akan Dewa yang ketiga, maka sujud, maka lalu berpesan tinggal jikalau rosak di dalam negeri kayangan, disebut akan nama Aku, Isma Allah, nama aku yang asal lagi dahulu, maka masukkan dirimu ke mana jatuhnya ura masa, maka jatuh di dalam awan yang hitam.
Maka bersama Jin Sagebang Langit, sebelah hidung menghidukan langit, sebelah hidung menghidukan bumi, maka tinggal rupa akan dirimu mengasyik tatkala mutu-mutukan alam dunia, maka bernama Jin Hitam Sehalilintar, maka tinggal akan rupa  dirimu maka mengasyik jadi mengambur naik ke kayangan ke tujuh, maka ditilik empat penjuru alam, maka mengambur turun berikat tapa di bawah baloh matahari  jatuh bernamakan Ajai Biku Putih, maka ditinggal ru-pamu mengasyikkan dirimu bernama Anak Jin Sakti Alam Tunggal, maka berdiri di pintu langit sebelah kaki  berdiri di pintu bumi sebelah kaki jatuh ke tanah Jawa, maka bernama Alan Semar.

Asal Usul Manusia

A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahi Rahmanir Rahim. Adapun angin bertiup, ombak berpalu, arash belum bernama arash, kursi belum bernama kur-si, tanah setapak pemberian Tuhan kita singgah, tanah terbalik sehelai akar putus, sebatang kayu rebah, maka adanya pawang yang dijadikan Allah Taala.

"Kun," kata Allah.

"Fayakun," kata Nabi Muhammad s.a.w.

Ada langit, ada bumi dijadikan Allah Taala. Maka bertitah Allah subhanawataala kepada Jibrail (suruh pergi mengambil hati bumi, maka Jibrail pun) sudah pergi tetapi tidak dapat. Kemudian Jibrail balik mengadap Tuhan mengatakan tidak dapat. Kemudian bertitah Allah Taala kepada Mikail menyuruh mengambil hati bumi, warnanya putih. Tetapi Mikail tidak dapat juga, kemudian bertitah Allah Taala kepada Israfil, menyuruh mengambil hati bumi yang berwarna putih, Israfil tidak dapat juga.

Maka bertitah Allah Taala dengan murkanya lalu menyuruh Izrail mengambil hati bumi, maka pergilah Izrail dan tatkala sampai kepada bumi Izrailpun memberikan salam kepada bumi, maka katanya, ""Assalamualaikum, Ya Bumi" dan Bumipun menjawab"Waalaikum salam, wa rahmat Allah, wa bertuah, ya Izrail,".
Kemudian Izrail pun bercakap kepada bumi,"Aku ini datang kepada engkau, aku dititahkan oleh Allah Subhana Wataala mengambil hati engkau."

Lalu jawab Bumi, "aku tidak mau kasi kerana Allah Taala yang membuat dan jikalau engkau ambil hati aku tentu aku mati".

Kemudian Izrail marah, "jikalau engkau kasipun aku ambil juga dan jika engkau tidak kasipun aku ambil juga".
Lantas Izrail menolak bumi dengan tangan kanannya dan tangan kirinya mencapai hati bumi lalu didapatnya, betul juga warnanya putih. Kemudian Izrail mengadap Allah Subhana Wataala menyembahkan hati bumi. Kemudian sudah diterima Allah Subhana Wataala hati bumi itu, maka dipanggil Allah Taala Jibrail. Kemudian Jibrail pun datang mengadap Allah Subhana Wataala, kemudian bertitah Allah Taala," engkau tempa lembaga Adam itu".

Kemudian Jibrail hendak menempa lembaga Adam itu tidak boleh jadi sebab keras, kemudian bertitah Allah Taala, "bubuh air," maka Jibrail membubuh air tetapi terlalu banyak sehingga jadi cair pula. Jibrail mengadap Allah Taala menyembahkan terlalu cair, maka bertitah Allah Taala kepada Jibrail, "bubuh api," kemudian lalulah Jibrail menempa lembaga Adam.

Apabila Adam sudah jadi, Jibrail mengadap Allah Taala meminta nyawa lembaga Adam. Kemudian diberi Allah Taala nyawa kepada Jibrail dan Jibrail pun pegang dengan tangan kanannya nyawa lembaga Adam dan nyawa Sitti Hawa di sebelah kiri, kemudian sampai di tengah jalan dibuka Jibrail tangan kirinya, kemudian nyawa Sitti Hawa balik kepada Allah Taala dan nyawa Adam dihinggapkan ke ubun-ubun lembaga Adam nyawa itu.

Lalu hiduplah lembaga Adam kemudian Sitti Hawapun jadi, kemudian kahwinlah Lembaga Adam sama Sitti Hawa, lalu hamillah Sitti Hawa selama sembilan bulan, kemudian beranak. Tiba-tiba gelap gelita tidak nampak hendak mengerat tali pusat anak Adam itu, lalu Adam mengambil serbannya lalu dikibaskan kepada anaknya. Teranglah, itulah asal terbit badi kepada anak Adam dan urinya anak Adam itu ditimbunkan di dalam tanah dan itulah asal jadi bijih dan daripada cahaya anak Adam itu jadi intan dan darah anak Adam itu menjadi emas.

Adapun terbuat Pawang itu kepada lembaga Adam, adapun sahabat lembaga Adam itu empat orang. Nombor satu namanya Kedus, nombor dua namanya Kedim, nombor tiga namanya Kempas dan nombor empat namanya Merjan, itulah empat orang Pawang yang dijadikan Allah Taala.

Yang nombor satu tinggal di hulu air, nombor dua tinggal di sebelah matahari hidup, nombor tiga tinggal di sebelah matahari mati dan yang nombor empat tinggal di dalam lautan.

Oleh kerana belum ada peralatan yang dicipta untuk mengukur ketepatan, kedalaman, keajaiban, keseraman dan kebenaran ALAM GHAIB, maka saya membawa para pembaca menghayati beberapa kisah misteri yang terselindung di sebalik cerita yang tersurat.

Falsafah saya, "Misteri yang tidak terungkap adalah bahasa bisu yang belum diterjemahkan. Sejarah yang belum ditulis adalah kisah yang terpeta di minda. Kebenaran yang disembunyikan adalah bentuk pembunuhan akal yang paling kejam."

Pembaca bebas memberikan komen dan penilaian terhadap logika akal kerana tidak ada yang mustahil di dalam dunia misteri yang penuh keajaiban, apatah lagi sifat mahkluk halus yang tidak mempunyai jisim dan dunia roh yang hanya diketahui oleh Allah Subhana Wataala. Subhanallah! Masha Allah! Allahuakbar!
Sekian, Selamat Membaca Alam Misteri dan Seram!.